Blue-T Publication Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Blue-T Communications Sdn. Bhd. yang dimiliki 100% Bumiputera dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta memiliki Lesen Kementerian Kewangan dan Lesen Taraf Bumiputera daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

 


Pencapaian Blue-T dalam bidang penulisan, penerbitan dan pengedaran terbukti dengan penghasilan buku-buku teks di peringkat sekolah rendah dalam subjek sains, terpilih sebagai penerbit buku teks Tabika Perpaduan, Tadika JAIS dan Tadika Awam di seluruh negara semenjak tahun 1996 hinggalah sekarang.

Blue-T telah menerbitkan sebuah majalah berkala yang didaftarkan atas nama ANA MUSLIM dan mempunyai permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Majalah ini disasarkan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan mesej Membentuk Peribadi Mulia. Majalah Ana Muslim mula dipasarkan di Malaysia pada April 2006.

Majalah Ana Muslim mengandungi topik yang menarik seperti ruangan Adab & Doa, Kisah dari Al-Quran, Tokoh Islam, English, Sains, Bahasa Arab & banyak lagi. Majalah ini juga merupakan mengandungi bahan sokongan program J-Qaf dalam konsep kartun ceria yang ini mampu menarik minat kanak-kanak.

Dengan berteraskan semangat dan paduan tenagakerja yang berpengalaman,
Blue-T berupaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbukti berkualiti serta kreatif.

 
  Preview I Events I Merchandise I Comics I Subscriptions I E-Learning
Contest I About Us I Our Krew I Advertising I Contact Us
All Rights Reserved © Ana Muslim™ Blue-T Publication Sdn Bhd 2007-2008
Web Designed & Developed by: Blue-T Communications Sdn Bhd