Sepanjang
bulan Ramadhan lalu, pihak Media Prima melalui salah satu
stesen televisyennya iaitu TV9 telah menerbitkan sebuah program
kanak-kanak bertajuk "Ustaz Zamri Bercerita". Program
20 episod itu memaparkan kisah 25 orang Rasul yang diutuskan
Allah.
Rakaman "Ustaz Zamri Bercerita" telah diadakan di
Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Ana Muslim sekali dijemput
bagi menjadi salah satu penaja untuk program tersebut. Ana
Muslim juga berkesempatan merakamkan gambar ketika rakaman
program itu sedang berlangsung. Semoga dengan adanya program
seperti ini akan dapat memberi manfaat kepada adik-adik semua.
"Jalinan
kasih Ana Muslim @ Asrama Baitul Saidati Khadijah"
Sempena
Ramadhan yang lepas,
Ana Muslim telah berkunjung ke rumah anak-anak yatim bagi
meraikan dan berkongsi kegembiraan Hari Raya bersama-sama
adik-adik yang tinggal di sana. Pada 18 September 2008, Ana
Muslim telah berkesempatan bertemu dengan adik-adik Asrama
Baitul Saidati Khadijah. Tujuan kunjungan Ana Muslim adalah
untuk menziarahi dan menyampaikan cenderahati kepada mereka.
Wakil Ana Muslim yang hadir telah dipersembahkan dengan nyanyian
nasyid oleh adik-adik Baitul Saidati Khadijah.