Inilah yang dikatakan kebesaran Allah
swt. DIA membuktikannya dengan sedikit pembuktian.
Tapi sebenarnya ramai yang alpa. Kebesaran Allah
itu ada pada kita. Lihatlah garisan-garisan ditapak
tangan anda. Ianya membawa maksud tulisan arab
yang bermaksud 18 dan 81. Jika dicampurkan kedua-duanya,
bukankah ianya berjumlah 99. Menyamai jumlah nama-nama
Allah swt
Benua Antartika meliputi kawasan seluas
14 juta km persegi. Jika India dan Cina
dicantumkan, keluasan itu masih gagal menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu
pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira
2 km. Manakala keluasan litupan ais pula
adalah 30 juta meter persegi. Jika semua
ais di Antartika cair, paras laut akan naik
mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan
menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.
Ais
krim adalah makanan yang menjadi kegemaran
kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang
mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang
yang mula-mula menemui cara membuat ais
krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620.
Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah
pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup
melazatkan sehingga ke hari ini.
Gajah ternyata sangat sukakan air dan nampaknya,
3 pengkaji Australia tahu apa sebabnya. "Nenek
moyang gajah berasal dari bangsa akuatik,"
kata Ann Gaeth dan koleganya dari Universitas
Melbourne yang meneliti embrio & fetus dari
gajah dalam sebuah projek istimewa di Afrika Selatan.
Mereka juga turut menemukan fakta bahwa ginjal
gajah memiliki kesamaan dengan bangsa ikan dan
katak. Fosil mereka juga membuktikan bahwa belalai
meraka berfungsi sebagai snorkel, organ yang membantu
mereka agar boleh bernafas lama dalam air.