
Assalamualailkum,
Apa
khabar adik-adik semua? Selamat Datang ke laman web Kelab Sahabat Ana Muslim.
Adik-adik semua ingin tahu mengenai kelab ini? Kalau adik-adik nak tahu, Kelab
Sahabat Ana Muslim telah ditubuhkan selaras dengan penerbitan Majalah Ana Muslim
terbitan Blue-T Publication Sdn Bhd. Matlamat penubuhan kelab ini ialah bertujuan
untuk merapatkan silaturrahim antara sesama ahli kelab, peminat mahupun pembaca
Majalah Ana Muslim.
Penubuhan Kelab Sahabat Ana Muslim ini bertujuan
untuk mengadakan aktiviti atau program bersama ahli-ahli kelabnya. Di antara aktiviti
atau program yang telah dirangka pada masa akan datang ialah seperti Bengkel Motivasi,
Bengkel Seni, Perkhemahan Bestari-i, Siri Lawatan dan bermacam-macam lagi. Menerusi
program kelab ini juga, ia akan dapat menarik minat kanak-kanak bagi menjayakan
Kempen Membaca dikalangan kanak-kanak disamping menambahkan pengetahuan dan meluaskan
pemandangan.
Menerusi aktiviti dan program yang dianjurkan ianya juga
diharapkan akan dapat memupuk nilai murni dan semangat setiakawan dikalangan ahli-ahlinya.
Kelab Sahabat Ana Muslim ini menggunakan karektor kartun sebagai salah satu medium
komunikasi yang mampu menyampaikan sesuatu mesej, ilmu, pendidikan, moral dan
nilai-nilai murni ke dalam jiwa nurani kanak-kanak dengan mudah, ringkas dan menarik.
Bagaimana adik-adik, menarikkan? Sertailah Kelab Sahabat Ana Muslim sekarang dan
jangan lepaskan peluang!
Diharap kami akan dapat berjumpa dengan adik-adik
semua di program anjuran Kelab Sahabat Ana Muslim akan datang.
Salam
Hormat,
En.
Wan Mohd Zaki
Pengurus Kelab