Options

Content elements:
Slideshow background:
Bottom:
Footer:
Link Color:
Color suggestions:
Header Style:
Google Fonts
expand

Kerjaya

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terindah...
Surah 16 An Nahl. Ayat 125

Di Ana Muslim, kami sangat berbesar hati dan seronok dengan apa yang kami lakukan. Kami sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan pengetahuan dan kepakaran kami masing-masing demi mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk membantu usaha menyebarkan syiar dan dakwah Islam. Yang seronoknya, ini semua dapat kami lakukan melalui pelbagai cara yang indah dan mempesonakan.

Untuk itu, kami di Ana Muslim sentiasa mengalu-alukan bakat-bakat yang berkongsi minat dan matlamat yang sama. Sumbangkanlah pengetahuan, kemahiran dan bakat anda dengan kami, supaya dapat kita bersama-sama menyumbangkan yang terbaik kepada masyarakat. Sertailah Ana Muslim, dan jadikan diri anda sebahagian daripada misi murni ini. 

 

Mohonlah sekarang! 

Terdapat banyak kekosongan jawatan di dalam pelbagai bidang dan kemahiran.

Salah satu daripadanya kemungkinan menjadi milik anda.

Seni & Kreatif

Penulisan? Rekaan? Lukisan? Apapun bakat anda, jadikan minat dan kreativiti anda sebagai permulaan kepada sebuah kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan.

Baca seterusnya →

Jualan & Pemasaran

Gunakan kemahiran komunikasi dan ketajaman anda di dalam bidang jualan dan pemasaran untuk membina sebuah kerjaya yang mencabar dan mengujakan

Baca seterusnya →

Korporat & Sokongan

Bagi memastikan kesempurnaan operasi perniagaan, kami memerlukan kepakaran di dalam pelbagai bidang sokongan seperti kewangan, perakaunan, IT, stor, logistik dan lain-lain. Anda mungkin yang kami cari.

Baca seterusnya →

Pelajar & Lepasan Ijazah

Uji potensi diri dan dapatkan peluang menimba pengalaman dan latihan sambil bekerja dengan Ana Muslim.

Baca seterusnya →
Scroll to Top