Options

Content elements:
Slideshow background:
Bottom:
Footer:
Link Color:
Color suggestions:
Header Style:
Google Fonts
expand

Mengenai Ana Muslim


1989: Ana Muslim

Walaupun didaftarkan secara rasmi hanya pada sekitar tahun 1998, asas kepada penubuhan jenama Ana Muslim sebenarnya telah bermula lebih dari 20 tahun yang lalu. Bermula daripada sebuah perniagaan perkhidmatan fotokopi kecil-kecilan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), En. Othman dan Pn. Saadah sebagai pengasas bersama telah dari awal lagi menetapkan sebuah matlamat yang jelas untuk perniagaan mereka – bahawa suatu hari nanti syarikat mereka, jenama mereka, dapat menyumbang kepada kecemerlangan umat Islam.

 

Segala usaha demi mencapai matlamat tersebut tidaklah mudah,namun dengan cabaran dan kepayahan itu sendirilah yang sebenarnya mendidik dan menjadikan Ana Muslim lebih kuat dan berkembang saban hari; berkat doa, kesabaran dan kegigihan.

Teruskan bacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah dan kisah-kisah menarik di sebalik penubuhan Ana Muslim serta perkembangannya sehingga ke hari ini. Baca seterusnya.

 Daripada sebuah permulaan yang sederhana kira-kira dua puluh tahun yang lalu, Ana Muslim telah membangun dan berkembang untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing tinggi. Biar pun begitu, kami di Ana Muslim menyedari bahawa terdapat banyak lagi perkara yang harus kami usahakan demi memperolehi pencapaian yang lebih tinggi.
Othman Mohamed - Pengarah Urusan Ana Muslim Sdn Bhd

Misi & Visi

Di Ana Muslim, kami percaya bahawa misi dan visi syarikat berfungsi lebih daripada sekadar menggariskan objektif dan sasaran perniagaan. Ianya turut mencerminkan nilai etika kami, kepercayaan kami, dan cara kami berurusan sehari-harian. Kerap kali, ianya turut berfungsi sebagai pendorong kepada kami untuk terus maju ke hadapan.

Baca seterusnya →

Team Ana Muslim

Kekuatan Ana Muslim tidak terletak kepada mana-mana individu, sebaliknya kami amat bersyukur kerana mempunyai barisan kepimpinan dan ahli pasukan yang kuat berusaha untuk memajukan Ana Muslim. Baca selanjutnya untuk mengenali “team” Ana Muslim secara lebih dekat dan terokai suasana persekitaran bekerja di Ana Muslim.

Baca seterusnya →
Scroll to Top