Nur Amirah Zayanah bt Zulhari
(AM0336)

Free chat widget @ ShoutMix

Assalamualailkum,


Apa khabar adik-adik semua? Selamat Datang ke laman web Kelab Sahabat Ana Muslim. Adik-adik semua ingin tahu mengenai kelab ini? Kalau adik-adik nak tahu, Kelab Sahabat Ana Muslim telah ditubuhkan selaras dengan penerbitan Majalah Ana Muslim terbitan Blue-T Publication Sdn Bhd. Matlamat penubuhan kelab ini ialah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara sesama ahli kelab, peminat mahupun pembaca Majalah Ana Muslim.

Penubuhan Kelab Sahabat Ana Muslim ini bertujuan untuk mengadakan aktiviti atau program bersama ahli-ahli kelabnya. Di antara aktiviti atau program yang telah dirangka pada masa akan datang ialah seperti Bengkel Motivasi, Bengkel Seni, Perkhemahan Bestari-i, Siri Lawatan dan bermacam-macam lagi. Menerusi program kelab ini juga, ia akan dapat menarik minat kanak-kanak bagi menjayakan Kempen Membaca dikalangan kanak-kanak disamping menambahkan pengetahuan dan meluaskan pemandangan.

Menerusi aktiviti dan program yang dianjurkan ianya juga diharapkan akan dapat memupuk nilai murni dan semangat setiakawan dikalangan ahli-ahlinya. Kelab Sahabat Ana Muslim ini menggunakan karektor kartun sebagai salah satu medium komunikasi yang mampu menyampaikan sesuatu mesej, ilmu, pendidikan, moral dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa nurani kanak-kanak dengan mudah, ringkas dan menarik. Bagaimana, menarikkan? Sertailah Kelab Sahabat Ana Muslim sekarang dan jangan lepaskan peluang!

Hj Anuwa Ismail
Pengurus Besar
Blue-T Publication Sdn Bhd




Home I Welcome I Members I Activity I Gallery I Forum I News I Online Games I Downloads I Contact
All Rights Reserved © Ana Muslim™ Blue-T Publication Sdn Bhd 2007-2008
Web Designed & Developed by: Blue-T Communications Sdn Bhd
Contact Online Games Home