Penguin Jantan dan Penguin Betina sedang menunggu kelahiran anak mereka, tetapi telur itu telah dicuri oleh Anjing Liar. Ketika sedang dilarikan tiba-tiba kaki Anjing Liar tersadung lalu telur itu tercampak ke dalam laut. Telur itu dihanyutkan ombak sehinggalah ia terdampar di pantai dan ditemui oleh Sang Beruang. Beruang telah menjaga Anak Penguin dan berusaha untuk membantu Anak Penguin mencari ibu dan bapa kandungnya. Berjayakah Beruang membantu?