Aina merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik.
Dia mempunyai tiga orang kakak,
seorang abang dan dua orang adik. Namun begitu, mempunyai bilangan adik
beradik yang ramai bukanlah suatu perkara yang
menyeronokkan baginya. Hal yang demikian kerana
dia berasa rimas dan tertekan kerana apa-apa
sahaja, dia perlu berkongsi dengan mereka. Selepas
keputusan UPSR diumumkan, Aina menerima
tawaran ke sekolah berasrama penuh. Aina berasa
sangat gembira dan teruja kerana hasratnya
untuk memasuki asrama penuh tercapai. Namun
kebebasan yang diperolehi bukanlah seperti yang
diharapkan. Apakah yang berlaku terhadap Aina?
Adakah keputusannya tinggal di asrama membawa
satu penyesalan kepadanya?