Al-Quran untuk Syazwan

“Sebab itulah saya benci madrasah! Kenapalah ayah dengan ibu saya hantar saya ke tempat ni? Awak tengoklah, buat salah sikit pun kena marah. Apa yang baiknya di sini?” marah Syazwan sambil mengepal tangannya. “Wan, tak baik awak cakap begitu. Ibu bapa kita hantar kita ke sini dengan harapan kita akan menjadi anak yang soleh. Lagipun, memang salah kita sebab lewat. Kita kenalah belajar daripada kesilapan kita,” ujar Imran.

………………………………………………………………………………

Syazwan merupakan seorang anak yang pintar dan baik. Namun begitu, tindakan kedua-dua ibu bapanya iaitu Encik Amri dan Puan Rahmah menghantarnya ke madrasah tahfiz menyebabkan Syazwan mula memberontak. Sejak hari pertama lagi, Syazwan mula menimbulkan masalah sehingga dia dikenali sebagai seorang pelajar yang tidak berdisiplin. Segalanya berubah dengan kehadiran Imran dan Abu Darda, sahabat-sahabat yang telah mendorongnya ke arah kebaikan. Namun, cita-cita Syazwan untuk berubah mendapat cabaran daripada orang-orang di sekelilingnya. Allah menguji keikhlasan Syazwan dengan ujian yang sangat berat menyebabkan dia dihina dan dipersalahkan atas satu kesalahan yang besar. Apakah yang telah berlaku? Mampukah Syazwan menghadapi dugaan itu?

Butiran Buku

Penulis:

Ilustrator:

Jumlah Muka Surat: 

Bahasa: