Siva lebih suka bermain permainan komputer daripada belajar. Dia selalu mengantuk dalam kelas dan tidak mendengar penerangan guru. Bila peperiksaan semakin dekat, semua kawan Siva tekun mengulang kaji. Tetapi Siva masih santai.
Bila Siva akhirnya menyedari yang dia tersalah baca jadual, dia terkejut! Peperiksaan hari ini ialah Bahasa Melayu, bukan Bahasa Inggeris seperti yang dia sangka! Bagaimanakah Siva akan menghadapi peperiksaan ini? Apakah yang akan terjadi bila keputusan peperiksaan diumumkan? Bolehkah Siva belajar daripada kesilapannya? Ikuti kisah Siva yang menarik dan penuh pengajaran tentang kepentingan belajar bersungguh-sungguh!