Amani, gadis kecil yang periang, mempunyai seekor kucing putih comel bernama Mimi. Suatu hari, Along membawa pulang anak kucing yang cedera. Dengan segera, Amani berlari mengambil peti pertolongan cemas untuk membantu mama merawat anak kucing itu. Amani menamakan kucing itu Gebu.
Sejak kehadiran Gebu, Amani terlalu sibuk memberinya perhatian sehingga mengabaikan Mimi. Mimi menjadi sedih kerana Amani tidak lagi bermain dengannya. Setiap kali pulang sekolah, Amani terus menjenguk Gebu tanpa menghiraukan Mimi yang menunggunya.
Mengapakah Mimi berasa sedih dengan kehadiran Gebu? Bagaimanakah mama menasihati Amani tentang tanggungjawabnya? Bolehkah Amani belajar menyayangi kedua-dua kucingnya sama rata? Ikuti kisah mengharukan tentang seorang gadis kecil yang belajar erti kasih sayang dan tanggungjawab terhadap semua makhluk Allah!