Marlia, seorang murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun, dia membuat keputusan untuk menyertai pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris! Keputusannya mengejutkan semua orang termasuk Puan Asma, guru Bahasa Inggerisnya yang lebih yakin dengan kebolehan Michelle.
Walaupun menghadapi cabaran dan kesukaran dalam sebutan Bahasa Inggeris, Marlia tidak berputus asa. Dengan sokongan ibu dan bantuan Michelle, dia berlatih dengan gigih. Tetapi apabila hari pertandingan tiba, Marlia mula ragu-ragu dengan kebolehannya. Bolehkah dia mengatasi ketakutannya dan membuktikan bahawa usaha tidak akan mengkhianati hasil? Ikuti kisah penuh inspirasi tentang kegigihan, persahabatan dan kepentingan berusaha sungguh-sungguh.