Akif suka bercuti di kampung bersama atuk dan nenek. Di kampung, dia mempunyai dua kawan baik, iaitu Aiman dan Fitri. Mereka selalu menghabiskan masa bersama dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti membuat layang-layang dan memancing ikan.
Namun, ada seorang budak kampung bernama Adi yang tidak suka dengan Akif. Adi sering mengejek Akif dan memanggil dia ‘budak bandar’. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Adi merancang untuk menjebak Akif dan kawan-kawannya supaya bermasalah dengan Pak Teh, orang kampung yang paling garang!
Apakah yang akan terjadi kepada persahabatan mereka? Bagaimanakah Akif akan menghadapi sikap buli Adi? Bolehkah Akif membuktikan bahawa ‘budak bandar’ juga boleh menjadi kawan yang baik? Ikuti kisah menarik tentang persahabatan sejati, keberanian menghadapi cabaran dan pengajaran tentang pentingnya sikap ikhlas dalam bersahabat!