Haizam seorang murid yang panas baran. Dia tidak boleh terima kekalahan dan suka menyalahkan orang lain. Suatu hari, selepas kalah bermain ping pong, Haizam membalingkan raket dan memarahi kawan-kawannya.
Di rumah, situasi bertambah buruk apabila Haizam marah dan menolak adiknya, Danish sehingga menangis. Dia juga berasa cemburu apabila adiknya dibelikan permainan baharu. Kemarahannya memuncak dan sesuatu yang pelik berlaku. Wajah Haizam menjadi merah dan membengkak seperti tomato!
Apabila dibawa ke klinik, doktor memberitahu bahawa perubahan wajahnya disebabkan oleh kemarahannya yang tidak terkawal. Haizam mula sedar tentang keburukan sikap pemarahnya. Adakah dia berjaya mengubah sikapnya? Bagaimanakah dia boleh belajar untuk bertenang dan bersabar? Ikuti kisah menarik dan penuh pengajaran tentang pentingnya mengawal emosi!