Jam menunjukkan pukul sembilan pagi, tetapi Cikgu Ros masih belum muncul di dalam kelas. Amani dan kawan-kawannya hairan kerana Cikgu Ros tidak pernah lambat. Tidak lama kemudian, Cikgu Mariam masuk dan memberitahu bahawa Cikgu Ros tidak dapat hadir kerana sakit.
Ketika Amani termenung, tiba-tiba dia membayangkan dirinya berada di meja guru sedang menangani perselisihan antara Hamid dan Ahmad. “Cikgu Amani! Hamid dan Ahmad bergaduh!” Dalam lamunannya, Amani meleraikan pergaduhan mereka dan juga membantu Aisyah yang terluka ketika terjatuh.
Apakah yang dilakukan Amani untuk membantu Cikgu Ros? Bagaimanakah Amani dan kawan-kawannya menziarahi guru mereka yang sakit? Bolehkah Amani memahami erti sebenar menjadi seorang guru? Ikuti kisah Amani yang mengajar tentang kasih sayang, tanggungjawab dan penghormatan terhadap guru!

Penulis:
Ilustrator:
Jumlah Muka Surat:
Bahasa: