Semasa perjalanan pulang dari rumah Mak Usu, papa terpaksa memberhentikan kenderaan kerana ada kemalangan di hadapan. Kereta polis dengan siren yang berpusing dan berbunyi nyaring segera tiba di lokasi, dan dua anggota polis turun untuk mengendalikan situasi.
Ketika mereka terkandas dalam kesesakan jalan raya, Amani yang kehausan terpaksa pergi ke kedai berdekatan bersama mama. Namun, situasi menjadi cemas apabila Amani terpisah daripada mama dan tersesat. Bagaimanakah perasaan Amani ketika dia tidak dapat menemui keluarganya di tengah-tengah kesesakan orang ramai? Siapakah yang datang menolongnya? Ikuti pengalaman Amani yang akhirnya memupuk cita-citanya menjadi seorang anggota polis yang hebat untuk membantu orang ramai.

Penulis:
Ilustrator:
Jumlah Muka Surat:
Bahasa: