Si Merah Jambu ialah jam tangan berjenama mahal yang sangat berbangga dengan dirinya. Dia suka meremehkan jam-jam lain yang berada di kedai kerana harganya yang tinggi dan rupanya yang cantik. Apabila seorang lelaki kaya membeli dan menghadiahkannya kepada Marissa, jam tangan ini berasa sangat gembira kerana akan menjadi milik orang kaya.
Tetapi Si Merah Jambu tidak tahu bahawa Marissa hanyalah budak kecil berusia tujuh tahun! Dia terpaksa mengikut Marissa ke kampung, bermain dengan kucing dan bahkan dipinjamkan kepada sepupunya, Mia. Semua ini membuatkan jam tangan yang sombong itu terasa hina dan tidak selesa.
Apakah yang akan terjadi apabila Si Merah Jambu terjatuh dan cerminnya tercabut? Bagaimanakah reaksi jam-jam lain apabila dia kembali ke kedai untuk dibaiki? Ikuti kisah jam tangan yang angkuh ini dalam cerita yang mengajar kita bahawa nilai sebenar tidak terletak pada harga atau jenama, tetapi pada kegunaan dan keikhlasan dalam memberi manfaat!