Geng Bawang Sekolah – Adios Girl School

Siapa kata budak sekolah tak tahu ‘membawang?’. Biar aku dedahkan bagaimana modus operandi Geng Bawang Sekolah ini beraksi!

1) Walaupun cikgu tengah mengajar di depan, ada lagi kawan-kawan membawang di belakang dengan roket kertas. (Isy, tak patut.. tak patut…)

2) Bila AJK Persatuan Bawang ni tak bersetuju dengan pendapat masing-masing, mulalah bergaduh sesama sendiri. Pulak dah!

3) Tapi yang kasihannya, mestilah mangsa geng bawang itu tadi. Kesian dia jadi mangsa viral!

Korang rasa, best ke aktiviti membawang ni? Setahu aku, ustaz dah pesan, kalau dah jadi manusia, janganlah teringin nak jadi bawang pula. Tapi, aku yakin. Aku mampu ubah Geng Bawang Sekolah ini menjadi satu pertubuhan yang positif. Nak tahu siapa aku? Akulah presiden Geng Bawang Sekolah! Muahaha!

Butiran Buku

Penulis:

Ilustrator:

Jumlah Muka Surat: 

Bahasa: