* Siapa kata jadi Presiden Geng Bawang Sekolah ni seronok? Disebabkan aku terpaksa menjadi wartawan nombor satu sekolah, maka aku telah menjadi pelajar senior paling loser! Baca Lagi
Dan ini misi aku. Misi mengejar gelaran senior paling cool abad ini!
* Nak jadi cool, mestilah kena sertai banyak persatuan. Aku rasa, bakat aku mengetuk tempurung boleh diketengahkan dengan mengetuk snare drum. Ah, belasah jelah!
* Aku juga cuba menjadi atlet memanah sekolah. Tapi… Entah macam mana panahan aku asyik tersasar ke hati abang-abang senior. Oops, sorry!
*Aishh.. Tak boleh jadi ni. Aku syak aku hanya menjadi bahan eksperimen Geng Bawang Sekolah! Korang rasa, misi aku kali ini akan berjaya tak? Kalau nak tahu, silalah baca kisah perjuangan aku dalam mencapai misi senior paling cool abad ini!