Geng Budak F

“Haa.. Main-main juga, tetapi kita kena ingant matlamat kita tahun ni,” kata Felix.

“Saya tetap ingat, Felix. Saya juga mahu cipta sejarah,” balas Fravash.

“Biarlah sejarah ini bermula daripada kita!” tegas Firdaus pula.”

‘Budak F’, gelaran yang mempunyai maksud mendalam bagi Firdaus, Fravash dan Felix. Huruf pada pangkal nama mereka merupakan satu takdir dalam persahabatan mereka tetapi hakikatnya ada misi yang mahu mereka laksanakan dalam menggapai impian dan harapan. Dengan kehadiran Cikgu Salim sebagai pembakar semangat dan motivasi kepada mereka seperti ada sinar dalam impian yang mereka ingin kecapi. Namun, segalanya mula bergolak setelah Firdaus menghilangkan diri dan pada masa yang sama Cikgu Salim pula terlibat dalam kemalangan. Hala tuju ketiga-tiga sahabat ini mula malap. Di antara kejayaan dan kegagalan semakin menghimpit. Adakah mereka mampu menangani segala permasalahan yang berlaku? Berjayakah mereka melakar nama Budak F sebagai pelajar terbaik sekolah?

Butiran Buku

Penulis:

Ilustrator:

Jumlah Muka Surat: 

Bahasa: