“Hah, apa tu?” soal Kia dengan wajah yang cemas.
“Rilekslah. Itu kan kelawar. Kem kita ni terletak di Gua Kelawar kan? Mestilah banyak kelawar di sini,” jelas Mia.
Walaupun kata-kata Mia itu ada logiknya, namun Kia masih lagi diselubungi perasaan takut. Kejadian ternampak kelibat pocong di dalam hutan tadi benar-benar membuatkan dia kecut perut!
“Awwwwooooo~~~” Tiba-tiba bunyi yang menyeramkan menerpa ke telinga Mia, Kia dan rakan-rakan mereka yang lain.
“Yang… Yang tu pula bunyi apa? Ke… Kelawar juga ke?” soal Qaisara dengan suara terketar-ketar.
Masing-masing diam tidak berbunyi. Dalam keadaan mata yang terpejam rapat, deria pendengaran yang teliti pula mengambil tempat. Masing-masing diburu perasaan risau.

Penulis:
Ilustrator:
Jumlah Muka Surat:
Bahasa: