Sofea menanti hari jadinya yang ke-9 dengan penuh keseronokan. Dia tidak sabar untuk mengadakan majlis yang meriah dan menjemput semua kawan-kawannya, terutama Hana, kawan baiknya. Walaupun Sofea dibesarkan dalam keluarga yang berada, dia tidak pernah sombong dan sentiasa menghargai persahabatannya dengan Hana.
Apabila hari istimewa itu tiba, Sofea menunggu dengan penuh harapan di hadapan rumah. Namun, Hana tidak muncul! Sofea berasa kecewa kerana hari istimewanya itu terasa tidak lengkap tanpa kehadiran Hana.
Apakah yang sebenarnya terjadi kepada Hana? Mengapakah dia tidak hadir ke majlis Sofea? Bolehkah persahabatan mereka kekal utuh apabila Sofea mengetahui sebab sebenar ketidakhadiran Hana? Ikuti kisah menarik tentang makna sebenar persahabatan dan pelajaran berharga bahawa hadiah paling bernilai bukan selalunya yang paling mahal!