Aleeya seorang pelajar yang rajin dan cemerlang di sekolah, sering mendapat pujian daripada guru-gurunya. Namun, sepupunya Syira selalu cemburu dan tidak senang hati melihat kejayaan Aleeya.
Kehidupan Aleeya tidaklah senang. Abahnya lumpuh dan ibunya bekerja keras sebagai tukang jahit untuk menampung keluarga. Walaupun begitu, Aleeya tidak pernah putus semangat, mengingati pesanan ibunya untuk terus berusaha mengubah nasib keluarga.
Apabila pertandingan NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) diumumkan dengan hadiah wang tunai RM500, Aleeya melihat peluang untuk membeli kerusi roda yang sangat diperlukan oleh abahnya. Bagaimanakah usaha Aleeya untuk memenangi pertandingan ini? Dapatkah Syira mengalahkan perasaan cemburunya? Dan adakah impian Aleeya menjadi kenyataan? Ikuti kisah penuh pengajaran tentang kesabaran, kegigihan dan pengorbanan seorang anak untuk membahagiakan keluarganya!