Alisya suka merajuk bila tidak dapat apa yang dia mahu. Apabila keluarganya hendak pergi ke pantai, dia tidak sabar menunggu namun enggan membantu. Bila disuruh, dia memberi alasan, “Adik kecil lagi, bukan dapat tolong apa pun.”
Di pantai, Alisya mengasingkan diri kerana merajuk. Bila keluarganya seronok membina istana pasir bersama-sama, Alisya cuba membina sendiri, tetapi istananya sentiasa runtuh. Dia hairan mengapakah istana keluarganya begitu kukuh dan cantik.
Bagaimanakah Alisya menyedari kesilapannya? Apakah rahsia membina istana pasir yang kukuh? Dapatkah dia belajar tentang nilai kerjasama dan kepentingan setiap ahli keluarga? Ikuti kisah menarik Alisya yang penuh pengajaran tentang kekeluargaan, kerjasama dan peranan setiap orang dalam keluarga!