Amani suka berangan menjadi seorang pencerita hebat yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Apabila dia mendapat peluang menyertai pertandingan bercerita anjuran Kelab Bahasa Melayu di sekolahnya, Amani tidak sabar untuk menunjukkan bakatnya!
Tetapi Amani menghadapi cabaran apabila Along memberi komen jujur tentang persembahannya yang kurang menarik. Mula-mula Amani merajuk, tetapi kemudian dia menerima nasihat Along yang ingin membantunya menjadi lebih baik.
Dengan bantuan Along yang mendapatkan kostum kancil untuknya dan mengajar teknik penyampaian cerita yang berkesan, Amani berlatih bersungguh-sungguh. Namun, apabila tiba hari pertandingan, Amani berasa gemuruh dan takut berdiri di hadapan ramai orang!
Bolehkah Amani mengatasi rasa takutnya? Adakah persediaan dan latihan yang dilakukannya akan membuahkan hasil? Ikuti kisah penuh pengajaran tentang usaha, kerjasama adik-beradik dan keyakinan diri dalam meraih impian!