Siva, Chee Meng, Rahim dan Haizam terlibat dalam satu kemalangan. Bola sepak mereka telah memecahkan cermin tingkap sekolah! Dalam ketakutan, mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara itu. Namun, masalah menjadi semakin rumit apabila dua murid lain, Nicholas Tee dan Amirul dituduh melakukan kesalahan tersebut.
Apakah yang harus mereka lakukan? Adakah mereka akan terus menyimpan rahsia dan membiarkan Nicholas dan Amirul dihukum atas kesalahan yang tidak mereka lakukan? Atau adakah mereka akan mengakui kesalahan dan bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka? Ikuti kisah penuh pengajaran tentang keberanian mengakui kesalahan, keadilan dan nilai persahabatan dalam “Ini Rahsia Kita!”