Leela seorang anak yang manja dan kedekut. Dia tidak mahu berkongsi barang permainannya dengan sesiapa pun. Namun, semuanya berubah apabila Pak Cik Raju, bapa saudaranya meninggal dunia dalam kemalangan.
Keluarga Pak Cik Raju terpaksa tiggal di rumah Leela. Leela tidak sukakan keadaan ini. Dia marah apabila sepupunya Rani memakai baju sekolahnya yang lama. Leela juga enggan berkongsi permainan baharu. Perasaan cemburu membuatkan Leela nekad untuk lari dari rumah!
Bagaimanakah nasib Leela ketika dia berhadapan dengan bahaya di luar rumah? Siapakah yang akan menolongnya dalam kesusahan? Dapatkah Leela belajar erti perkongsian dan kasih sayang? Ikuti kisah menarik Leela yang penuh pengajaran tentang nilai berkongsi dan pentingnya keluarga!