Hadi berasa sedih setiap kali ke sekolah. Saiz tubuhnya yang besar menyebabkan dia tidak boleh berlari pantas seperti rakan-rakannya yang lain. Setiap hari, Adam dan Umar suka mengejeknya, “Awak ni lambat macam kura-kura!” dan mentertawakannya apabila dia membeli banyak makanan.
Pada satu pagi, Hadi enggan pergi ke sekolah. Dia berasa malu menjadi bahan ketawa rakan-rakan. Apabila ibunya, Puan Salma, bertanya kenapa, Hadi menceritakan segala-galanya.
Apakah nasihat yang diberikan oleh Puan Salma? Bagaimanakah Hadi akan mengatasi perasaan malunya? Adakah Hadi mempunyai kelebihan tersembunyi yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya? Ikuti kisah Hadi yang mengajar kita tentang kekuatan menerima diri sendiri dan menghormati perbezaan setiap individu!