“Kenapa Im buat macam ni lagi? Kenapa Im?”
“Kak Ana, Im tidak akan menjawab soalan Kak Ana. Cuma Im minta tolonglah percaya kepada Im. Baca Lagi
Bukan Ana tak cuba untuk percayakan Im. Tapi tuduhan yang dikenakan ke atas Im terlalu berat. Ana tahu, bukan Im yang bersalah. Namun sebagai kakak, Ana juga harus bertanggungjawab dalam masalah ini. Mungkin, semua ini disebabkan Ana yang kurang memberi perhatian kepada adik-adik. Apa yang harus Ana lakukan ya Allah?