Chee Meng bersemangat untuk menyambut hari jadinya. Pelbagai persediaan yang telah dilakukannya untuk sambutan hari jadinya itu. Walau bagaimanapun, apabila hari jadinya sudah semakin hampir, ibu Chee Meng terpaksa membatalkan sambutan hari jadi tersebut. Ibu Chee Meng terpaksa menjaga datuk Chee Meng yang dimasukkan ke hospital. Chee Meng berasa sangat sedih. Puan Hani, Hakim, Rahim, Haizam dan Marlia telah merancang untuk membuat kejutan untuk Chee Meng. Apakah kejutan itu?