Siva menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Dia selalu tertidur semasa cikgu mengajar di dalam kelas. Dia juga malas untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Apabila peperiksaan hampir tiba, Siva mula menjadi cemas kerana tidak sempat membuat ulangkaji pelajarannya. Pada hari peperiksaan, berlaku suatu peristiwa yang mengejutkannya. Adakah Siva mengambil pengajaran daripada peristiwa itu?