‘Kerboy’ gelaran yang tak berapa best yang terpaksa diterima oleh Amru disebabkan tugas seharian membantu ibunya mengembala kerbau. Tetapi, apa dia kisah? Yang penting, dia seronok dengan pekerjaan itu. Namun, di sebalik sikap bertanggungjawabnya, Amru mempunyai sikap nakal yang amat menjengkelkan rakan-rakannya di sekolah. Usik-mengusik menjadi tabiatnya sehingga seringkali didenda oleh Cikgu Ahmad.
Walaupun begitu, dia bukanlah sekadar budak kerbau yang tidak punya masa depan. Dia ada cita-cita yang ingin digapai. Cuma, ada banyak perkara yang menghalangnya dan perkara itu bertambah rumit apabila kerbaunya pula hilang. Hidupnya mula huru-hara. Kerbau perlu dicari. Pelajaran perlu ditakluki. Amru mula merangka strategi dan melaksanakan misi untuk menyelesaikan masalahnya. Tetapi ada cabaran yang perlu dihadapi.
Apakah yang cuba Amru lakukan? Dapatkah Amru melaksanakannya?