“Tapi kan abang dah janji nak balik tengah hari. Abang janji nak buatkan gasing dan abang pun janji nak bawa Epul ke kedai.” Saiful mengingatkan dengan perasaan geram. Baca Lagi
“Alah… Gasing tu bila-bila pun boleh buat. Abang kena cari kayu je. Lagipun kan Epul baru balik dari kedai dengan Kak Laila. Takkanlah itu pun Epul nak marah…” balas Nizam.
Janji yang dikata, haruslah dikota. Walaupun masih kecil, Epul tetap memegang setiap kata-katanya. Dia benar-benar ingin memiliki gasing untuk menyertai pertandingan di sekolah.
Namun, tidak bagi Nizam. Setiap janji yang dibuat hanyalah untuk menjaga hati adiknya sahaja. Akibatnya, adiknya sendiri menjadi mangsa. Saiful hilang! Kesan tompokan darah yang terdapat di sebalik semak menjadi petunjuk kepada pencarian mereka. Apakah yang terjadi? Dapatkah Epul memiliki gasing tersebut?