Mia Qalisya seorang murid yang sangat pintar, tetapi sikap sombongnya menyebabkan dia tidak mempunyai kawan. Dia selalu menolak untuk membantu rakan-rakan sekelasnya kerana menganggap mereka tidak penting. Baginya, hanya pencapaian akademik sahaja yang perlu diutamakan.
Suatu hari, Qaira meminta Mia menjaga begnya tetapi Mia mengabaikan permintaan tersebut sehingga duit di dalam beg Qaira hilang. Mia langsung tidak berasa bersalah! Namun, takdir menguji Mia apabila dirinya pula kehilangan beg yang berisi duit dan kerja sekolah yang penting.
Siapakah yang akan membantu Mia mencari begnya? Bolehkah kejadian ini mengubah sikap Mia? Ikuti kisah menarik tentang pengajaran berharga dalam membantu orang lain.