Amani dan Along pergi ke taman. Dalam perjalanan, mereka terjumpa seekor kucing yang sedang mengekori mereka. Amani yang berasa kasihan terus membawa kucing itu pulang ke rumah. Di rumah, Amani menjaga kucing itu dengan penuh kasih sayang.
Tetapi Mimi, kucing kesayangan Amani, tidak suka dengan kehadiran ‘Comel’, kucing baharu itu. Mimi selalu mengejar dan bergaduh dengan Comel sehingga Comel cedera. Apakah yang akan Amani lakukan untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah Mimi dan Comel akan berbaik? Atau adakah sesuatu yang mengejutkan akan berlaku? Ikuti kisah menarik Amani yang penuh pengajaran tentang tanggungjawab dan kasih sayang terhadap haiwan peliharaan!