Misteri Gua Selirat

Hakim, kita di mana ni?” tanya Sen Keong.

Dia mula rasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan sekeliling. Sebentar tadi mereka cuma bersiar-siar di kawasan luar gua itu. Namun, entah bagaimana kini mereka berada di dalam gua setelah berjumpa dengan sebuah pintu masuk di satu sudut terpencil di bahagian gua tersebut.

“Entahlah Sen Keong! Aku pun tak tahu. Tapi seingat aku, inilah jalan yang kita lalu tadi untuk masuk,” jawab Hakim.

Dia juga bingung. Keadaan di dalam gua itu sama sahaja. Dia merasakan mereka hanya melalui laluan yang sama tanpa menuju ke mana-mana.

“Hakim, kau nampak tak ada tali berwarna merah putih di pintu tadi?”

“Kenapa dengan tali tu?”

Apakah kaitan tali berwarna merah putih itu dengan mereka? Mungkinkah wujud misteri di sebalik tali tersebut?

Butiran Buku

Penulis:

Ilustrator:

Jumlah Muka Surat: 

Bahasa: