Sang Musang terkenal dengan sikapnya yang suka menipu. Sudah banyak haiwan yang menjadi mangsanya. Ia selalu memperdaya haiwan lain dengan tipu helahnya. Hampir semua haiwan di hutan itu tahu siapa Sang Musang dan mereka cuba mengelak untuk berurusan dengannya. Pada suatu hari, Sang Musang telah membuat rancangan untuk mendapatkan makanan tanpa perlu bersusah payah. Apakah rancangan Sang Musang? Siapakah yang akan menjadi mangsanya?