Indah sungguh kehidupan di syurga. Nabi Adam as dan Hawa sangat gembira. Allah SWT membenarkan Nabi Adam as dan Hawa berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki. Tetapi, iblis berasa cemburu melihat kegembiraan pasangan itu. Lalu, iblis mula mengatur rancangan jahat. Nabi Adam as dan Hawa terpedaya dengan pujuk rayu iblis. Apakah yang terjadi seterusnya? Kenapa pula Nabi Adam as dan Hawa diturunkan ke bumi?