Nabi Ibrahim as akur dengan perintah Allah SWT. Bersama Nabi Ismail as yang ketika itu masih bayi, Hajar ditinggalkan suaminya di Mekah, sebuah lembah yang panas dan kering kontang. Nabi Ismail as yang lapar dan kehausan tidak berhenti menangis. Hajar berlari-lari antara bukit Safa dan bukit Marwah untuk mencari air. Adakah usaha Hajar itu berjaya? Bagaimanakah kehidupan mereka seterusnya? Adakah mereka terus menjadi penghuni di bumi Mekah?