Firaun menjemput Nabi Musa as dan semua rakyat jelata menyaksikan kehebatan ahli-ahli sihir negaranya. Firaun mahu menunjukkan kekuasaannya kepada Nabi Musa as. Apabila semua tongkat dan tali ahli-ahli sihir itu dicampak, lalu ianya bertukar menyerupai ular. Akan tetapi, apabila tiba giliran Nabi Musa as mencampakkan tongkatnya, semua terpegun. Tongkat Nabi Musa as yang bertukar menjadi ular besar telah menelan semua ular ahli-ahli sihir. Bagaimana perasaan Firaun ketika itu? Kenapa pula Firaun membunuh ahli-ahli sihirnya?