Seorang raja yang tua tidak mempunyai waris. Baginda mencari seseorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menggantikan tempatnya. Nabi Zulkifli menyatakan kesanggupannya untuk menerima amanah tersebut. Pelbagai godaan dan dugaan yang dihadapi Nabi Zulkifli ketika menjadi raja. Apakah Nabi Zulkifli masih bersabar menghadapi semua dugaan itu?