Hakim berpindah ke rumah baharu. Dia berhasrat untuk berbaik-baik dengan Nyonya Lee, jiran di sebelah rumahnya. Hasrat Hakim tidak kesampaian apabila Nyonya Lee tidak mempedulikannya. Hakim berasa sedih dan kecewa dengan sikap Nyonya Lee. Namun, kebijaksanaannya telah berjaya melembutkan hati Nyonya Lee. Apakah yang dilakukan oleh Hakim untuk mengambil hati Nyonya Lee?