Syamil dan Esa berjiran. Kebiasaannya, Esa akan membonceng basikal Syamil ke sekolah. Basikal itu pun bukan basikal baru, tetapi sebuah basikal tua, pemberian ayah Syamil.
Setiap hari mereka akan bersama ke sekolah. Seringkali basikal Syamil menimbulkan masalah. Ini menyebabkan mereka lewat sampai ke sekolah. Esa mengambil kesempatan ini untuk memburuk-burukkan Syamil. Dia juga merancang sesuatu untuk mengenakan Syamil. Apakah Syamil dapat menghidu niat buruk Esa itu? Adakah Esa dapat meneruskan niat buruknya? Mari baca cerita Pulangkan Basikal Syamil untuk mengetahui kisah selanjutnya.