Rahim, seorang murid yang malas dan sering bertindak tergesa-gesa. Di sekolah, Rahim juga suka menyelit barisan ketika beratur di kantin, mengundang kemarahan rakan-rakannya.
Suatu hari, sikap terburu-buru Rahim dan rakannya Haizam membawa padah apabila mereka berlumba lari di kawasan sekolah dan melanggar seorang murid perempuan sehingga cedera. Lebih teruk lagi, mereka melarikan diri tanpa membantu. Apabila guru besar menyiasat kejadian tersebut, Rahim akhirnya memberanikan diri untuk mengaku kesalahan.
Mampukah Rahim mengubah sikapnya? Apakah pengajaran yang diperolehinya daripada kejadian ini? Ikuti kisah menarik ini yang mengajar kanak-kanak tentang pentingnya sifat sabar dan bertanggungjawab atas tindakan sendiri.