“Tak salah awak target untuk pandai dalam Bahasa
Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan
membantu awak untuk mempelajari lebih banyak ilmu di
dunia ini,” ujar Hannah.
“Tapi… Susahnya Hannah. Saya rasa saya tak boleh…”
keluh Syana.
“Jangan putus asa… Yang penting awak usaha!” Hannah
memberi kata semangat.
Syana mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara suatu hari nanti. Namun, kelemahannya dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris membuatkan dia sering resah
memikirkan impiannya itu. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran
Firha dan Jueza yang sering memperlekehkan dirinya.
Mujur ada Hannah, kawan baiknya yang sentiasa memberi
dorongan. Tetapi dalam masa yang sama Syana terpaksa
berhadapan dengan kesusahan hidupnya setelah penceraian
berlaku antara ibu dan ayahnya. Kadangkala dia berputus asa
dan hilang fokus untuk terus berusaha. Bagaimana Syana
mengatasi segala masalah yang dihadapinya? Dapatkah
Syana mencapai impiannya itu?