Olaf, kucing berbulu putih milik Adi hidup bahagia bersama tuannya sehinggalah Tinky, anak kucing kelabu yang lincah tetapi angkuh datang ke rumah mereka. Sejak kehadiran Tinky, perhatian Adi terhadap Olaf mula berubah. Kesabaran Olaf diuji apabila Tinky bersikap tidak mesra dan tidak mahu berkongsi apa-apa dengannya.
Suatu malam ketika bekalan elektrik terputus, malapetaka berlaku. Tinky dengan kecuaiannya terlanggar lilin sehingga menyebabkan kebakaran. Bukannya menolong, Tinky malah lari untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Olaf yang terkurung dalam sangkar mengiau sekuat hati, berjaya membangunkan Puan Nora dan menyelamatkan keluarganya daripada kebakaran.
Selepas kejadian itu, Adi menyedari betapa setianya Olaf dan kembali menyayanginya seperti dahulu. Tinky yang mementingkan diri sendiri pula menyesal dan hanya mampu memerhati dari jauh. Apakah kesudahan bagi Tinky? Ikuti kisah menarik yang mengajar erti kesetiaan, penghargaan dan sikap tidak mementingkan diri sendiri!