Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mama dan papa Amani akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Walaupun awalnya sedih, Amani berusaha tabah seperti Along menghadapi perpisahan dengan ibu bapanya.
Di Kompleks Tabung Haji, Amani menyaksikan begitu ramai jemaah haji yang akan berangkat. Nenek memberitahu Amani tentang tiga jenis haji dan perjalanan panjang yang perlu ditempuhi oleh mama dan papanya. Sungguh jauh perjalanan ke Mekah, iaitu 6978 km!
Bagaimanakah perasaan Amani ketika melambai tangan kepada mama dan papanya? Dapatkah dia menahan rindunya sepanjang mereka tiada? Apakah pesanan penting yang mama dan papa tinggalkan untuk Amani dan Along? Ikuti kisah Amani yang menarik dan penuh pengajaran tentang pengorbanan, ketabahan dan erti menunaikan rukun Islam yang kelima!