Ketika waktu rehat di sekolah, Amani gembira membawa bekal nasi goreng yang dimasak mama. Tetapi Amani terkejut apabila dia mendapati Husna, kawan baiknya menangis kerana duit belanjanya hilang.
Dengan penuh simpati, Amani mengajak Husna berkongsi makanan. Melihat Husna yang masih sedih, Amani mencari idea untuk membantu kawannya. Dalam diam, dia menjatuhkan duit RM1 miliknya di lantai dan berpura-pura menemuinya sebagai duit Husna yang hilang. Husna amat gembira dan berterima kasih kepada Amani.
Ketika pulang ke rumah, Husna terkejut mamanya mengaku terlupa memberi duit belanja. Adakah Husna menyedari pengorbanan kecil Amani dan adakah Husna akan mengetahui rahsia Amani? Ikuti kisah manis tentang pengorbanan dan keikhlasan yang mengajar kita erti persahabatan yang sebenar!