Sim Mei berpindah ke sekolah baharu. Namun dia tidak suka bersekolah di sekolah baharu tersebut. Sikap sombong dan degil Sim Mei menyebabkan dia tidak disukai oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah itu. Sikap Sim Mei yang semakin melampau menyebabkan dia didenda mencuci tandas oleh guru besar. Ketika leka bermain dengan buih sabun di dalam tandas, tiba-tiba Sim Mei terjatuh. Sim Mei tidak mampu untuk bangun kerana mengalami kecederaan yang agak teruk. Adakah orang yang sudi membantu Sim Mei?